Wednesday 25 February 2015

maksud pantun empat kerat (muafakat)



Maksud setiap rangkap

Rangkap 1
Sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama tidak kira dalam susah atau senang akan membawa kejayaan.

Rangkap 2
Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.

Rangkap 3
Kerjasama antara penduduk akan mewujudkan kehidupan yang bahagia.

Rangkap 4
Kemuafakatan dalam kalangan anggota masyarakat akan melahirkan negara yang aman dan sejahtera.

Rangkap 5

Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan.

Rangkap 6
Sikap bertolak ansur dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.


Semoga dapat apa yang korang cari 


:)

Monday 23 February 2015

kesimpulan/perbincangan /huraian

Kita perlulah menjaga kebersihan udara kerana kemungkinan udara yang kita sedut mengandungi bahan cemar yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas. Bahan cemar udara seperti asap rokok, karbon monoksida, sulfur dioksida, jerebu dan toksin boleh menyebabkan kita menghidapi pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kanser peparu, asma, bronkitis dan emfisema. Oleh itu, kita haruslah mencegah pencemaran udara dengan mengamalkan amalan mengekalkan udara yang bersih dan melakukan pelbagai cara untuk memperbaiki kualiti udara seperti penanaman semula pokok, mengitar semula dan mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap.